Apa itu ‘functional food’?

Apa itu ‘functional food’ atau makanan tambahan?

Hari ni nak terangkan lagi tentang jenis produk yang BioNutriMax buat.

Bio boleh mengeluarkan produk-produk powder based dan jus yang Halal & mempunyai pengkelasan KKM. Contoh ialah seperti kopi cappuccino, mocha, susu kambing, kopi herba, teh herba, beauty powder, gym powder, jus lelaki, jus wanita dan sebagainya.

Produk-produk di Bio ni kami bahagikan kepada dua kelas utama.

  • Produk sedap
  • Produk sihat

Produk sedap ni kita fokuskan kepada rasa produk tu. Utamanya nak produk tu sedap. Jadi yang boleh buat produk dengan Bio ni sebagai contoh ialah homestay & hotel yang nak sediakan minuman dalam satchet untuk pelanggan mereka. Online seller yang nak fokus kepada rasa dan ada juga dewan kawin yang buat kopi dengan Bio untuk dihidangkan kepada tetamu diorang.

Produk sihat ni pula, ialah produk ‘functional food’ ataupun makanan tambahan yang digunakan untuk fungsi-fungsi tambahan. Hari ni kita cerita lebih mendalam tentang produk sihat ni.

Produk-produk makanan tambahan ni digunakan untuk khasiat umum. Biasanya produk-produk ini dicampurkan dengan herba, vitamin, mineral atau extract tambahan untuk fungsi kesihatan.

Asas makanan tambahan ni bermula pada tahun 1980an di Jepun. Kerajaan Jepun meluluskan kegunaan makanan tambahan untuk menjaga dan menaikan kesihatan umum rakyat Jepun. Secara rasmi, di Malaysia makanan tambahan ini dipanggil sebagai FDI “food-drug interphase (FDI) products”

Di Malaysia ada proses untuk mengasingkan produk FDI ni kepada kelas makanan tambahan atau kelas farmasi. Boleh google npra.gov.my untuk proses secara mendalam. Produk-produk sihat yang dibuat oleh Bio adalah 100% di dalam kelas makanan tambahan.

Jadi, macam mana kita nak keluarkan makanan tambahan tu?

Makanan tambahan kita hasilkan dengan mengabungkan makanan dengan active ingredients daripada herba, mineral, vitamin dan sebagainya. Contohnya kopi dengan tongkat ali, susu dengan collagen, teh dengan halia.

Bahan aktif tu apa pula?

Bahan-bahan aktif ni ialah apa-apa bahan yang ada kesan kepada badan. Contohnya beta-carotene di dalam lobak merah menaik kan vitamin A di dalam badan untuk kesihatan mata. Serat di dalam oat mengurangkan kolestrol jahat di dalam badan. Tongkat Ali menaikkan hormon testosterone di dalam badan. Collagen membantu ketegangan kulit, kekuatan sendi kuku & tulang. Banyak lagi khasiat herba yang boleh kita gunakan.

Bila founder datang ke Bio. Biasanya kami akan tanya dulu. Produk yang nak dikeluarkan tu, apa fungsi atau masalah yang nak diselesaikan. Jadi mudah untuk kami formulakan produk yang nak dikeluarkan. Dan juga mudah untuk founder memasarkan produk mereka nanti.

Founder baru atau berpengalaman — kami bantu anda faham proses dan bina produk sihat yang berkualiti & ikut standard KKM.
👉 Klik Untuk Konsultasi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.