Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai servis kami, sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.
BioNutriMax komited menyediakan produk berkualiti yang mematuhi piawaian Halal JAKIM dan Pensijilan MeSTI.
Sejak tahun 2007, BioNutriMax telah diiktiraf dengan Pensijilan Halal JAKIM dan Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
Dua pensijilan penting ini menjadi asas dalam operasi kami bagi memastikan setiap produk yang dihasilkan bukan sahaja Halal dan bersih, tetapi juga selamat dan berkualiti tinggi mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Komitmen kami terhadap pematuhan halal dan keselamatan makanan mencerminkan dedikasi BioNutriMax dalam membina kepercayaan serta menyediakan produk terbaik untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Komitmen kami terhadap pematuhan halal dan keselamatan makanan mencerminkan dedikasi BioNutriMax dalam membina kepercayaan serta menyediakan produk terbaik untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Pensijilan Halal BioNutriMax
Pensijilan Halal di BioNutriMax telah berkuatkuasa pada 2007. Syarikat kami telah lama beroperasi sebagai salah satu syarikat yang mempunyai pensijilan halal.
Kami sangat komited dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang menepati piawaian halal menurut syarak dan garis panduan yang ditetapkan oleh badan berautoriti seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kami juga memastikan setiap proses dan dokumentasi dari sumber bahan mentah hinggalah ke pengeluaran dan pengedaran produk mematuhi prinsip halal dan toyyiban, demi menjamin kepercayaan pengguna Muslim.
Komitmen kami adalah untuk memastikan produk yang dihasilkan bukan sahaja mematuhi standard halal, tetapi juga memenuhi jaminan kualiti kepada pengguna
tempatan dan antarabangsa.
Kami percaya bahawa integriti dalam pematuhan halal adalah asas kepercayaan pelanggan terhadap syarikat kami.
Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
Pensijilan MeSTI merupakan pensijilan yang wajib bagi setiap premis makanan untuk memastikan kualiti dan keselamatan makanan terjamin. Di BioNutriMax, pensijilan MeSTI telah lama disediakan sejak tahun 2007.
BioNutriMax adalah sebuah syarikat pengeluar produk tempatan yang komited terhadap penghasilan produk berkualiti, bersih dan selamat. Kami telah mendapat pengiktirafan Pensijilan MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai bukti pematuhan kepada sistem keselamatan makanan yang sistematik dan terurus.
Kilang BioNutriMax mempunyai pensijilan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) untuk memastikan produk yang dihasilkan selamat, berkualiti, dan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pensijilan ini memberikan jaminan kepada pengguna tentang kualiti produk dan membantu membina kepercayaan terhadap jenama anda.
Antara Servis Yang Pihak Kilang BioNutriMax Tawarkan Kepada Pelanggan:
✅ Pengelasan Produk KKM
- Proses mengkategorikan produk samada bawah kategori makanan atau ubatan di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
✅ Pelabelan KKM
- Semakan Label
- Khidmat Nasihat Label
✅ Ujian Makmal Produk
- Analisis Maklumat Nutrisi
- Analisis Microbiologi
- Analisis Logam Berat
- Analisis Mineral
- Analisis Vitamin
- Lain-lain analisis
Kenapa Memilih BioNutriMax
Solusi OEM Lengkap Dengan Formulasi Eksklusif, Bahan Berkualiti, dan Pensijilan Halal & KKM.
Konsultasi Percuma
Dapatkan nasihat profesional tanpa caj.
MOQ Produk 300 Kotak
Tempahan minimum fleksibel dan mampu milik.
Bahan Pemasaran Percuma
Sokongan promosi untuk bantu jualan anda.
1 Formula 1 Founder
Formulasi eksklusif hanya untuk jenama anda.
Pensijilan Halal JAKIM
Jaminan produk Halal dan diyakini.
Ujian Makmal Produk
Pastikan kualiti dan keselamatan terjamin.
R&D Khas Formula Produk
Formulasi unik mengikut keperluan anda.
Servis Design & Packaging
Reka bentuk menarik untuk jenama profesional.
Pengelasan Produk KKM
Panduan lengkap untuk pendaftaran rasmi.
Bahan Berkualiti & Bertaraf Antarabangsa
Gunakan bahan terbaik yang diuji dan selamat.
Kenali Servis Kami
Ingin tahu bagaimana BioNutriMax boleh mengubah idea produk anda menjadi jenama yang berjaya?
👉 Jelajahi solusi OEM kami — dari formulasi dan R&D khas hingga pembungkusan, pensijilan, dan sokongan pemasaran — semuanya di bawah satu fasiliti bertaraf Halal.
Pertanyaan
"*" indicates required fields
