Kenali
”Success Begins Here
BioNutriMax Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada September 2005 oleh Dr. Abdul Aziz Bin Azimullah, adalah pengeluar terkemuka makanan dan minuman kesihatan yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan.
”
Dengan meningkatnya permintaan pasaran terhadap produk nutraseutikal, BioNutriMax telah berkembang untuk menawarkan perkhidmatan OEM & Kontrak Pengilangan.
Ini membolehkan syarikat untuk tidak hanya memproduksi jenama sendiri tetapi juga memberi peluang kepada pelanggan lain untuk mencipta dan mengeluarkan produk jenama mereka sendiri di kilang BioNutriMax.
Syarikat ini mengutamakan penggunaan bahan mentah herba yang berkualiti tinggi dan berusaha untuk menghasilkan produk kesihatan yang kos efektif, selamat, dan bermanfaat. BioNutriMax komited untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna melalui produk yang menyokong kesihatan dan kecantikan.
Selain itu, syarikat ini juga aktif dalam mendidik masyarakat tentang manfaat produk semulajadi, kepentingan menjaga kesihatan, dan kecantikan luar serta dalaman.
Dengan matlamat untuk memperluas variasi produk berasaskan herba dan memenuhi keperluan pelanggan, BioNutriMax terus berinovasi dan berusaha untuk menjadi peneraju dalam industri makanan dan minuman kesihatan di Malaysia.
20
10
200
8
Misi, Visi & Potensi
Visi
Untuk menjadi pengeluar herba bertaraf dunia berasaskan produk makanan berkhasiat. BioNutriMax berhasrat untuk memenuhi permintaan pasaran dalam membekalkan suplemen herba alternatif untuk orang ramai dalam mencapai kehidupan sihat yang indah.
Misi
Menjadi salah satu pengeluar dan pengilang herba tempatan dan produk penjagaan kesihatan serta kecantikan yang terkemuka di Malaysia.
Potensi
Mengutamakan keselamatan dan kualiti produk terjamin & Halal (bebas dari bahan kimia yang terlarang dan memudaratkan pengguna)
Pengurusan
Muhammad Azimullah
Bin Abdul Aziz
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Mazhairi
Bin Talib
Ketua Pegawai Operasi (COO)
Nur Ilmi Nadhirah
Binti Mohd Yaziz
Eksekutif Sumber Manusia
Ainnur Yasmin
Binti Bakri
Eksekutif Akaun
Mohd Nafais
Bin Ali
Ketua Pemasaran
Noor Syazwan
Bin Jamin
Eksekutif Pemasaran Kanan
Che Nur Asmani Amira
binti Che Mohd Nawi
Eksekutif Pemasaran Kanan
Norzaimah
Binti Zainudin
Pengurus Operasi
Nur Zulaikha
Binti Kamaruzaman
Eksekutif Pengeluaran
Anis Alia
Binti Che Mohd Ariff
Eksekutif HALAL
Siti Norhidayah
Binti Zakaria
Eksekutif Kawalan Kualiti
Nur Amalia
Binti Wan Mohd Kamil
Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan
Kenapa Memilih BioNutriMax
Solusi OEM Lengkap Dengan Formulasi Eksklusif, Bahan Berkualiti, dan Pensijilan Halal & KKM.
Konsultasi Percuma
Dapatkan nasihat profesional tanpa caj.
MOQ Produk 300 Kotak
Tempahan minimum fleksibel dan mampu milik.
Bahan Pemasaran Percuma
Sokongan promosi untuk bantu jualan anda.
1 Formula 1 Founder
Formulasi eksklusif hanya untuk jenama anda.
Pensijilan Halal JAKIM
Jaminan produk Halal dan diyakini.
Ujian Makmal Produk
Pastikan kualiti dan keselamatan terjamin.
R&D Khas Formula Produk
Formulasi unik mengikut keperluan anda.
Servis Design & Packaging
Reka bentuk menarik untuk jenama profesional.
Pengelasan Produk KKM
Panduan lengkap untuk pendaftaran rasmi.
Bahan Berkualiti & Bertaraf Antarabangsa
Gunakan bahan terbaik yang diuji dan selamat.
Kenali Servis Kami
Ingin tahu bagaimana BioNutriMax boleh mengubah idea produk anda menjadi jenama yang berjaya?
👉 Jelajahi solusi OEM kami — dari formulasi dan R&D khas hingga pembungkusan, pensijilan, dan sokongan pemasaran — semuanya di bawah satu fasiliti bertaraf Halal.
Sijil
Kami berbangga menerima pelbagai sijil dan pengiktirafan berprestij yang mencerminkan komitmen kami terhadap kecemerlangan, kualiti perkhidmatan, serta sumbangan berterusan kepada komuniti.
Sijil Penghargaan: MARA Halal Industrial Park Showcase 2025
BioNutriMax Sdn. Bhd. dengan rasa syukur dan bangga telah menerima Sijil Penghargaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) atas penyertaan dalam MARA Halal Industrial Park Showcase 2025 yang berlangsung dari 5 Mei hingga 9 Mei 2025.
Program berprestij ini menghimpunkan pelbagai syarikat tempatan yang berinovasi dalam bidang makanan, minuman dan produk halal berasaskan sains & teknologi, dengan matlamat untuk memperkukuh ekosistem industri halal Malaysia di peringkat tempatan dan global.
Penyertaan BioNutriMax menonjolkan komitmen kami dalam:
- Menghasilkan produk berasaskan sains dan sunnah, seperti Kopi Masen, Beau-Cera, dan rangkaian nutrisi kesihatan lain;
- Menyokong pembangunan industri halal melalui pensijilan Halal, MeSTI, dan KKM;
- Mengukuhkan jenama tempatan untuk bersaing di pasaran eksport antarabangsa.
Sijil penghargaan ini menjadi satu lagi bukti pengiktirafan terhadap usaha berterusan BioNutriMax dalam membina jenama halal Malaysia yang berdaya saing, moden dan beretika.
Sijil Akuan PMKS (SME CORPS)
BioNutriMax Sdn. Bhd. telah diiktiraf dan disahkan berstatus Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) oleh SME Corp. Malaysia, di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen BioNutriMax untuk terus berkembang sebagai syarikat tempatan yang berdaya saing, mematuhi piawaian nasional, dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi halal serta industri nutrisi Malaysia.
Pengiktirafan ini menandakan komitmen BioNutriMax dalam membangunkan industri nutrisi dan kesihatan tempatan mengikut piawaian nasional.
Sijil Penghargaan Rakan Kolaborasi Strategik Kolej Komuniti Dan Industri
BioNutriMax terus mengorak langkah ke hadapan apabila berjaya memeterai rakan kolaborasi strategik bersama Kolej Komuniti Kok Lanas dalam aktiviti pembangunan usahawan dalam kalangan pelajar.
Impak ada kolabarasi ini bukan sahaja memberi ruang yang lebih luas kepada pelajar untuk meneroka pengalaman dunia usahawan sebenar malah dapat membantu pelajar membina kerjaya yang mampan, berdaya saing dan memenuhi keperluan sebenar pasaran kerja.
Kolaborasi strategik ini merupakan langkah proaktif syarikat untuk memperluaskan jaringan dan memberi sokongan penuh pada Kolej Komuniti berkaitan latihan keusahawanan, pengurusan kewangan, perkongsian kepakaran, perundingan latihan, proses bimbingan perniagaan, latihan kemahiran dan keusahawanan.
Sijil Penghargaan Perkeso
BioNutriMax Sdn. Bhd. telah menerima Sijil Penghargaan daripada PERKESO Negeri Kelantan atas penyertaan dan kejayaan dalam menjayakan Temuduga Terbuka MyFutureJobs sempena Hari Kerjaya TVET Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Zon Timur 2025.
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen BioNutriMax dalam menyokong pembangunan tenaga kerja tempatan dan memperluas peluang kerjaya dalam industri nutrisi dan kesihatan di Malaysia.
Sijil & Trofi Anugerah Aura
BioNutriMax dengan bangganya menerima Anugerah Ikon Usahawan dalam Industri Makanan & Minuman Kelantan 2024–2025, sebuah pengiktirafan berprestij yang diberikan kepada syarikat yang komited memacu inovasi, kualiti dan pembangunan industri F&B tempatan.
Pengiktirafan ini mengukuhkan kedudukan BioNutriMax sebagai peneraju produk minuman & nutrisi kesihatan di Malaysia, hasil pendekatan kami yang menggabungkan teknologi formulasi moden, standard pematuhan tinggi, serta nilai Islamik dan profesional dalam setiap pembangunan produk.
Dengan visi untuk “Melahirkan Lebih Ramai Founder Produk Berjaya”, BioNutriMax bukan sahaja menghasilkan produk berkualiti, malah aktif membina ekosistem usahawan melalui khidmat OEM, R&D, latihan dan sokongan pembangunan jenama.
Anugerah ini menjadi simbol bahawa BioNutriMax terus bergerak maju sebagai syarikat yang membawa impak, integriti dan inovasi, sambil mengekalkan komitmen untuk menembusi pasaran lokal, nasional dan antarabangsa.
BioNutriMax mengucapkan terima kasih kepada MARA, pelanggan, founder, rakan industri dan seluruh pasukan yang sentiasa mempercayai perjalanan kami.
Pertanyaan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai servis kami, sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.
"*" indicates required fields