Kuantan menjadi saksi kepada detik penuh tawa, semangat dan kebersamaan keluarga besar Bionutrimax.

Selama 3 hari 2 malam di sebuah chalet yang damai, kami keluar seketika dari rutin kerja untuk menikmati masa bersama, menyertai aktiviti mencabar minda dan fizikal, serta mengukuhkan semangat pasukan.

Setiap aktiviti dipenuhi dengan gelak tawa, kepercayaan dan sokongan antara satu sama lain. Program ini mengingatkan kami bahawa di sebalik setiap kejayaan Bionutrimax, ada nilai persaudaraan yang menjadikan kami bukan sekadar rakan sekerja, tapi keluarga.