297101-W
BioFamily merupakan inisiatif aktiviti riadah anjuran BioNutriMax yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, mempereratkan hubungan, serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga kerja dan komuniti sekeliling.
Program ini merangkumi pelbagai aktiviti fizikal, kesedaran kesihatan, dan permainan interaktif yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk senamrobik, sukaneka, larian santai dan sebagainya. BioFamily bukan sekadar riadah, tetapi merupakan platform membina nilai kekeluargaan, kerjasama dan keseimbangan hidup yang lebih baik.
Melalui BioFamily, syarikat BioNutriMax mampu memperkukuh peranannya bukan sahaja sebagai penyedia produk kesihatan, tetapi juga sebagai pemangkin kepada kesejahteraan komuniti.
