Audit Halal Dalaman di BioNutriMax dijalankan secara berkala sebagai satu mekanisme kawalan dalaman bagi memastikan setiap proses, bahan, peralatan dan dokumentasi mematuhi keperluan piawaian halal yang ditetapkan oleh JAKIM serta garis panduan Internal Halal Control System (IHCS).

Audit ini merangkumi semakan menyeluruh terhadap pengurusan bahan mentah, kebersihan premis, amalan pengendalian makanan, serta pematuhan polisi dan prosedur halal syarikat.

Melalui pelaksanaan halal audit yang sistematik, BioNutriMax berkomitmen untuk mengekalkan integriti halal dalam semua produk keluaran kami, serta memastikan keyakinan pengguna Muslim terhadap produk kami sentiasa terpelihara.

Hasil audit akan digunakan untuk penambahbaikan berterusan selaras dengan visi syarikat ke arah menjadi peneraju dalam industri pemakanan halal yang berkualiti dan diyakini.