297101-W
BioNutriMax komited dalam membangunkan potensi modal insan melalui pelaksanaan program latihan berstruktur kepada semua pekerja.
Latihan ini merangkumi aspek teknikal, pengurusan, keselamatan makanan, pematuhan halal, serta pembangunan sahsiah dan etika kerja. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti fizikal, kesedaran kesihatan, dan permainan interaktif yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Antara bentuk latihan yang dilaksanakan termasuk bengkel dalaman, latihan kendalian mesin, kursus pensijilan (seperti KKM & Halal), serta latihan luar bersama pakar industri.
Pendekatan berterusan ini bukan sahaja meningkatkan mutu kerja, malah mampu membantu BioNutriMax untuk menjadi syarikat yang unggul dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi melalui tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran.
